Monday, May 23, 2022

Kertas Konsep Pertandingan Catur MSSD Kota Tinggi 2022




 KEJOHANAN CATUR
MSSD KOTA TINGGI TAHUN 2022

 

1.       NAMA KEJOHANAN

 1.1    Kejohanan ini dikenali sebagai Kejohanan Catur MSSD Kota Tinggi Tahun 2022.

 2.       TUJUAN

2.1   Tujuan kejohanan ini dijalankan adalah untuk memilih pemain-pemain bagi mewakili MSSD Kota Tinggi ke kejohanan sukan Majlis Sukan Sekolah Negeri Johor (MSSJ) dan memberi peluang murid-urid mendapat markah PAJSK di peringkat daerah.

 3.   PENGANJUR

3.1   Majlis Sukan Sekolah Daerah Kota Tinggi

 

4.    PENGELOLA

            4.1 SM Sains Kota Tinggi


5.    TARIKH

    5.1    Kejohanan akan diadakan bermula pada 26 hingga 29 Jun 2022 (Ahad, Isnin, Selasa dan Rabu).


6.    TEMPAT

            6.1    Dewan SM Sains Kota Tinggi


7.       PERATURAN AM

7.1 Semua Undang-undang Pemilihan adalah mengikuti Peraturan Am Undang-Undang Federation International DesEohes (F.I.D.E.) melainkan peraturan-peraturan tertentu yang terkandung dalam Peraturan kejohanan ini yang telah ditentukan oleh Jawatankuasa Pengelola Pertandingan.

 

 8.       PENGURUSAN

8.1  Kejohanan ini di bawah pengelolaan SM Sains Kota Tinggi dan pengurusan jawatankuasa teknikal yang dilantik oleh penganjur.

 9.       PEGAWAI TEKNIKAL

9.1 Penganjur kejohanan akan melantik arbiter dan pegawai-pegawai teknikal dengan berpandukan Manual Penganjuran.

 

9.2     Pengelola Kejohanan yang dilantik seperti berikut:-

 

           9.2.1 Setiausaha MSSD Kota Tinggi

                    En. Nor Azan Bin Hamin (PPD Kota Tinggi)

 

           9.2.2 Pengerusi Teknik

                    Tn Syed Muzni bin Syed Mustafa (SM Sains Kota Tinggi)

 

           9.2.3 Ketua Urusetia (Perisian/Permarkahan)

                    En Jafar Atan (PPD)

 

           9.2.4 Ketua Arbiter Kejohanan

                    En Khairul Anuar (SK Tunjuk Laut)

 

           9.2.5 Arbiter (pengadil) Pertandingan

                    Arbiter seramai 16 orang  untuk sekolah rendah dan 16 orang untuk sekolah
          menengah akan dilantik untuk kejohanan ini.

 

10.   PERBELANJAAN

Bil

Perkara

1.

Token untuk Arbiter (16 SK, 16 SM): RM20 x 16 x 4

2.

Makan pegawai (5 teknikal, 16+16 arbiter): RM12 x 21 x 4 hari

3.

Air mineral (50 botol x 4 hari): RM25 x 4

4.

Kertas, alatulis, pita pelekat, nametag

5.

Dakwat pencetak

6.

Hadiah (60 pingat x RM7)

7.

Set catur

8.

Jam catur


 

11.   KATEGORI DIPERTANDINGKAN

11.1     Kategori Individu Lelaki dan Perempuan bawah 12 Tahun

11.2     Kategori Individu Lelaki dan Perempuan bawah 15 Tahun

11.3     Kategori Individu Lelaki dan Perempuan bawah 18 Tahun

 

12.   SYARAT DAN HAD UMUR  (TAHUN SEMASA PADA 1.1.2022)

12.1   Warganegara Malaysia yang dilahirkan dan belajar di daerah Kota Tinggi.

12.2   Umur 12 Tahun dan ke bawah pada 1.1.2022 (bagi Kategori U12)

12.3   Umur 15 Tahun dan ke bawah pada 1.1.2022 (bagi Kategori U15)

12.4   Umur 18 Tahun dan ke bawah pada 1.1.2022 (bagi Kategori U18)

 

13.   KELAYAKAN

13.1  Kelayakan Am

        13.1.1 Pelajar-pelajar yang bersekolah sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah dan menengah serta sekolah swasta adalah layak menyertai kejohanan catur MSSD Kota Tinggi.

           13.1.2 Kejohanan catur peringkat MSSD Kota Tinggi hanya untuk warganegara Malaysia sahaja. Pelajar yang BUKAN warganegara Malaysia digalakkan mengambil bahagian tetapi tidak layak mewakili MSSJ Negeri Johor ke peringkat MSSM.

           13.1.3 Kelayakan mewakili Daerah dan Negeri adalah mengikut daftar sekolah terkini. Seseorang pelajar melainkan pelajar sekolah sukan dan akademi permainan      kebangsaan yang diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

13.2  Pelajar Sekolah Harian

           13.2.1 Pelajar-pelajar yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia tidak layak menyertai semua kejohanan MSSD Kota Tinggi.

          13.2.2 Pelajar Tingkatan 6 Rendah hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Rendah mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah Kerajaan.

            13.2.3 Pelajar Tingkatan 6 Atas boleh bertanding dengan didaftarkan dalam peringkat umur 18 tahun.

           13.2.4 Bukti pengesahan bagi penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah bantuan kerajaan adalah dengan mengemukakan salinan surat tawaran rasmi kemasukan ke Tingkatan 6 Rendah dan salinan keputusan peperiksaan akhir Tingkatan 6 Rendah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

       13.2.5 Walaubagaimanapun penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas bukanlah syarat utama penyertaan dalam pertandingan.

           13.2.6 Kebenaran penyertaan pelajar Tingkatan 6 Atas adalah dihadkan kepada mereka yang ulangi peperiksaan STPM satu kali sahaja seperti yang dibenarkan di sekolah Kerajaan.

 

 13.3  Pelajar Sekolah Swasta/Sekolah Agensi Kerajaan Lain

           13.3.1 Sekolah  swasta / Sekolah Agensi Kerajaan lain yang dibenarkan bermaksud sekolah yang diluluskan pendaftarannya oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan bergabung dan membayar yuran penuh dengan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia Negeri. Adalah menjadi tanggungjawab setiap Pejabat Pelajaran Daerah untuk menggalakan sekolah-sekolah ini bergabung dengan MSSM Negeri Johor dengan menulis surat kepada Pengarah Pelajaran Negeri dan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

           13.3.2 Pelajar-pelajar sekolah swasta yang sedang menunggu keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia adalah tidak layak menyertai kejohanan peringkat MSSM Negeri Johor dan MSSM.

           11.3.3 Pelajar yang berdaftar dengan sekolah swasta selepas mendapat keputusan peperiksaan rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia layak menyertai pertandingan permainan Daerah/ MSSM Negeri Johor/MSSM dengan syarat pelajar ini berdaftar untuk Tingkatan 6 dan hanya menjadi pelajar Tingkatan 6 Rendah mengikut tarikh pendaftaran untuk pelajar Tingkatan 6 Rendah di sekolah Kerajaan.

           13.3.4 Pelajar Tingkatan 6 Atas sekolah swasta boleh bertanding dalam kejohanan MSSD/ MSSM Negeri Johor/MSSM dengan mengemukakan salinan keputusan peperiksaan akhir Tingkatan 6 Rendah yang disahkan oleh pengetua sekolah berkenaan.

 

14.   PENDAFTARAN

14.1  Borang Pendaftaran

14.1.1   Pengelola/tuan rumah dikehendaki memberitahu dan memaklumkan kepada semua sekolah di bawah MSSD Kota Tinggi melalui PPD (Pembangunan Bakat Murid) untuk mengambil bahagian dalam kejohanan catur di bawah kelolaannya sebelum tarikh kejohanan berlangsung.

14.1.2   Tiap-tiap pasukan hendaklah mendaftar nama pegawai dan pemain dalam Borang M01 / R01 & M02 / R02 yang mengandungi malumat seperti berikut:

                 1.                   Nama (mengikut kad Pengenalan/Surat Beranak)
    2.                   No.Kad Pengenalan/Surat Beranak
    3.                   Tarikh Lahir
    4.                   Nama Penuh Sekolah dan No.Tel
    5.                   Alamat Rumah dan No.Tel.
    6.                   Tingkatan/Darjah
    7.                   Nombor pendaftaran sekolah
    8.                   Tarikh Daftar/Daftar semula sekolah

 

14.2  Butiran Borang Pendaftaran Khas

      14.2.1   Borang R01 dan M01 beserta salinan  kad pengenalan bagi sekolah menengah dan salinan surat beranak bagi sekolah rendah yang telah dipenuhkan butirannya adalah dijadikan bukti status seseorang peserta dalam kejohanan di peringkat MSSM Negeri Johor  dan MSS Malaysia.

    14.2.2   Borang R01 dan M01 hendaklah disahkan oleh Pengetua/GuruBesar atau Guru Penolong Kanan pelajar sekolah berkenaan. Borang-Borang yang TIDAK DISAHKAN tidak akan diterima penyertaan peserta tersebut.

     14.2.3   Pengurus pasukan hendaklah memastikan pada borang M01 dan R01 hendaklah dilekatkan gambar (WAJIB) berukuran pasport untuk setiap pemain yang bertanding. Ianya digunakan untuk penghantaran pemain ke MSSJ nanti, dan pada borang M02 dan R02 dilekatkan gambar pengurus pasukan. (DIGALAKKAN)

14.3  Bayaran penyertaan yang dikenakan ialah sebanyak RM15.00 bagi setiap individu pemain.

        14.3.1   Setiap sekolah yang menyertai kejohanan ini perlu mencalonkan seorang pengadil. Senarai akhir pengadil yang dipilih akan dimaklumkan melalui surat.

    14.3.2   Bayaran (beserta borang pendaftaran) hendaklah diserahkan kepada sekolah pengelola kejohanan selewatnya 20 Jun 2022.

    14.3.3   Setiap pasukan dikehendaki membawa set catur sebanyak separuh daripada bilangan peserta yang didaftarkan. Jika kurang, maka penalti sebanyak RM10 bagi setiap set catur yang kurang.

 

15.   SISTEM KEJOHANAN

                15.1 Sistem kejohanan dijalankan mengikut Sistem Swiss Pemasangan Terus (sila lihat                                Peraturan Pertandingan Catur MSSD Kota Tinggi 2022).

                15.2 Setiap kategori akan berlangsung sebanyak tujuh (7) pusingan.

                15.3 Semua pemain perlu bermain dalam semua pusingan.

                15.4 Menang – 1 markah, seri – 0.5 markah, kalah – 0 markah.

  

            16.   HADIAH DAN SIJIL

                16.1  Hadiah akan diberikan kepada tempat pertama hingga ke sepuluh setiap kategori.

                16.2 Sijil penyertaan akan diberi kepada setiap peserta.

  

17.   PAKAIAN PEMAIN

17.1  Tiap-tiap pasukan dikehendaki memakai pakaian yang sesuai mengikut jenis kejohanan dan undang-undang yang mengawal kejohanan tersebut. Sebarang pakaian berbentuk jeans atau yang melambangkan dengan maksud untuk menimbulkan ketegangan kaum, menyentuh sensitiviti agama, kaum dan nilai-nilai murni masyarakat adalah ditegah sama sekali.
17.2 Pemakaian kasut hendaklah yang bersesuaian mengikut peraturan kejohanan dan pemakaian seluar ketat (tights) tidak dibenarkan.
17.3  Baju T berlengan dan seluar sebarang warna. Seluar trek bewarna gelap.
17.4 Bagi pemain yang mengambil hadiah, adalah dilarang sama sekali memakai selipar dan bertopi.

 

18.   PENANGGUHAN

18.1 Segala permohonan penangguhan sesuatu kejohanan yang telah ditetapkan dan diputuskan dalam takwim hendaklah dimajukan kepada PPD Kota Tinggi melalui Setiausaha MSSD Kota Tinggi tidak kurang daripada 20 hari sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

18.2  Pejabat Pelajaran Daerah Kota Tinggi melalui Setiausaha MSSD Kota Tinggi berhak menentukan tempat, tarikh dan masa untuk sesuatu perlawanan tersebut diadakan.

 

19.   PENUKARAN DAN PENARIKAN DIRI

19.1 Pasukan tidak boleh membuat penukaran/gantian pemain dari kejohanan setelah berlangsung pusingan pertama.

19.2 Pemain yang tidak dapat meneruskan permainan di pusingan-pusingan seterusnya dikira menarik diri.  

20.   BANTAHAN

20.1 Bantahan bertulis yang ditandatangani oleh seorang pengurus pasukan hendaklah diserahkan kepada Setiausaha Pengelola atau wakilnya tidak lewat daripada satu jam selepas tamat perlawanan.

20.2 Tiap-tiap bantahan hendaklah disertakan dengan bayaran RM 300.00 (RINGGIT MALAYSIA: TIGA RATUS SAHAJA). WANG TERSEBUT TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN JIKA DIDAPATI BANTAHAN ITU TIDAK BERASAS.

21.   LEMBAGA RAYUAN

21.1 Jawatankuasa Pengelola dikehendaki menubuhkan satu Lembaga Rayuan yang terdiri daripada :

        Penasihat           -             Pengerusi MSSD Kota Tinggi atau wakilnya
        Pengerusi           -             Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan
        Setiausaha         -             Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
        Ahli                      -             Pengerusi Teknik Permainan yang berkenaan dan 3 pengurus                                                                pasukan yang berkecuali.

 22.   LEMBAGA TATATERTIB KEJOHANAN

22.1 Semua perkara tatatertib akan diputuskan oleh sebuah lembaga tatatertib yang terdiri daripada :

             Penasihat           -             Pengerus MSSD Kota Tinggi atau wakilnya
             Pengerusi           -             Pengerusi J/Kuasa Pengelola Kejohanan atau wakilnya                                  Setiausaha         -             Setiausaha J/Kuasa Pengelola (Ex-Officio)
             Ahli                      -             Pengerusi Teknik Permainan MSSD yang berkenaan.

 

23.   HAK JAWATANKUASA PENGELOLA

23.1 Jawatankuasa Pengelola tidak akan dibebankan dengan sebarang tanggungjawab atau disabitkan dengan sebarang kesalahan di atas kehilangan barang-barang atau harta benda kepunyaan sesebuah pasukan / sekolah yang bertanding di dalam kawasan kejohanan/ sekolah/ asrama dan sebarang kemalangan, kecederaan dan kematian pada masa kejohanan dijalankan. Walau bagaimana pun beberapa prosedur pencegahan dan  persediaan akan diadakan  bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak dingini dari berlaku.

 

24.   KETEPATAN MASA / KELEWATAN

24.1. Semua perlawanan adalah mengikut jadual kejohanan yang ditetapkan kecuali diberitahu oleh Referi Kejohanan atau pihak penganjur selepas mendapat persetujuan Pengerusi Teknik.

24.2 Selepas pengumuman, pemain hendaklah duduk di meja masing-masing. Pemain yang gagal hadir dalam masa  10 minit setelah pusingan berlansung akan dikira kalah dan kemenangan percuma (walk over) diberi kepada pihak lawan.

 

25.      MESYUARAT PENGURUS PASUKAN

             25.1 Satu Mesyuarat / Pengurus Pasukan / Taklimat Jurulatih akan diadakan :

                                Tarikh:                30 Mei 2022
                                Masa:                 2.00 petang
                                Tempat:             Google Meet (dalam talian. Pautan akan diberi kemudian).

                25.1 Kehadiran Pengurus Pasukan/wakil, bagi taklimat :

                         25.1.1     Teknikal, peraturan dan pengundian.

 

 26.      HAL – HAL LAIN

                 26.1  Segala hal dan perkara berbangkit akan diputuskan semasa mesyuarat.


No comments:

Post a Comment