Wednesday, May 1, 2019

Peraturan Catur MSSD Pengerang 2019

CATUR MSSD PENGERANG 2019



1.         UNDANG-UNDANG CATUR MSSD

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Federation International DesEohes (F.I.D.E.) dan Peraturan-Peraturan Am MSS Johor yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2.         JENIS PERTANDINGAN

2.1        Perseorangan

2.1.1       Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah.             
2.1.2       Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah                
2.1.3       Lelaki umur 15 tahun dan ke bawah              
2.1.4       Perempuan umur 15 tahun dan ke bawah    
2.1.5       Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah              
2.1.6       Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah    
* Tingkatan 6 tertakluk kepada Peraturan Am MSSM terkini.


3.         PENDAFTARAN PEMAIN / PASUKAN


3.1          Perseorangan

Setiap sekolah dibenarkan mendaftar

3.1.1     Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah               :  6 orang
3.1.2     Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah     :  6 orang
3.1.3     Lelaki umur 15 tahun dan ke bawah               :  6 orang
3.1.4     Perempuan umur 15 tahun dan ke bawah     :  6 orang
3.1.5     Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah               :  6 orang
3.1.6     Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah     :  6 orang

3.2          Sebarang pertukaran pemain selepas pusingan 1 dijalankan adalah tidak dibenarkan.

4.         SISTEM PERTANDINGAN

4.1        Kejohanan ini ialah kejohanan perseorangan.

            4.2        Kejohanan Perseorangan

4.2.1       Kejohanan ini dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss Pemasangan Terus.

4.2.2       Pemasangan Pusingan Pertama :

a)      Susunan pemain berdasarkan kepada pencapaian pertandingan MSSM dan MSSJ tahun lepas.

b)      Jika terdapat jumlah pemain yang ganjil dalam sesuatu bahagian, pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menggenapkan jumlahnya.

4.2.3       Pemasangan Pusingan seterusnya :

a)            Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang  sama lebih daripada sekali.

b)            Semua pemain akan dikumpulkan mengikut jumlah mata yang sama yang telah diperolehi. Kumpulan mata yang tertinggi akan dipasangkan terlebih dahulu sehinggalah yang terendah sekali.

c)            Sekiranya jumlah pemain dalam kumpulan mata yang sama itu ganjil atau tidak dapat langsung dipasangkan antara satu sama lain, maka satu atau lebih pemain seboleh-bolehnya akan dipasangkan dengan pemain dari kumpulan mata terdekat. Pemain-pemain ini ini digelar Pelampung. Dalam hal keadaan bilangan pemain ganjil, pelampung diberi kepada pemain yang terendah nombor pemasangannya.

d)            Setelah jumlah bilangan pemain dalam kumpulan mata yang sama itu genap, pemain-pemain disusun mengikut kumpulan nombor pemasangan dan kemudian ia dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Pemain teratas dalam setiap kumpulan kecil akan dipasangkan seberapa boleh dan seterusnya.

4.2.4     Warna Pusingan Pertama

Warna pemain “Ranking Pertama” bagi setiap bahagian ialah putih dan warna pemain meja seterusnya adalah bergilir-gilir.

4.2.5     Warna Pusingan Berterusan

a)            Hak warna penggenap diberi kepada pemain yang nombor pemasangannya tertinggi. Seberapa boleh, bilangan warna hendaklah sama dan diselang-selikan.

b)            Setelah bilangan warna digenapkan, warna pusingan berikutnya adalah warna yang berlawanan pada pusingan sebelumnya.

c)            Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan warna yang sama sebanyak tiga kali berturut-turut.

d)            Jika berlaku keadaan dua pemain yang mempunyai warna yang sama maka hak menggilirkan warna diberi kepada pemain yang mempunyai nombor pemasangan teratas.




5.         CARA MEMUTUSKAN KEPUTUSAN

           
5.1        Kejohanan Perseorangan

5.1.1       Pemain yang menang akan diberi 1 mata, ½ mata untuk seri, 0 mata jika kalah, dan 1 mata jika bye.

5.1.2       Pemain yang mendapat jumlah mata yang terbanyak akan menjadi Johan dan seterusnya.

5.1.3       Jika terdapat kedudukan mata permainan yang sama, pemisah-seri (tie-break) yang berikut akan digunakan untuk memisahkan kedudukan :

a)        Sistem Solkoff akan digunakan. Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh semua lawan peserta berkenaan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak  akan dikira pemenang.

b)        Sistem Sonneborn-Berger akan  digunakan. Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh peserta lawan yang dimenangi dalam mata mana-mana pusingan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira menang.

c)        Sistem Progresif akan digunakan. Menjumlahkan mata perlawanan peserta pada setiap pusingan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira menang.

d)        Median –Solkoff akan digunakan. Pengiraan seperti Sistem Solkoff tetapi mata peserta lawan yang terendah dan tertinggi tidak dikira. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira menang.

e)        ‘Win-number’ akan digunakan. Mata kemenangan sahaja yang dikira. Peserta yang lebih banyak menang akan dikira menang. Mata seri tidak dikira.

f)         Peserta yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira menang.

g)        Sistem Penggunaan buah 'hitam' dan 'putih' akan dijalankan. Peserta yang lebih banyak bermain buah 'hitam' akan dikira menang. Sistem 'Melampung ke atas' dan 'Melampung ke bawah' akan digunakan. Peserta yang lebih banyak permainan 'Melampung ke atas' akan  dikira menang.

h)        Sehingga peringkat ini, sekiranya masih SERI juga lagi, undian bolehlah dijalankan untuk menentukan kemenangan.

6.         PAKAIAN

6.1          Pemain-pemain dikehendaki memakai pakaian sukan.

6.2          Seluar pendek, dan selipar tidak dibenarkan.

6.3          Pemain-pemain dilarang memakai topi, cermin mata hitam, menggunakan ‘walk-man’, menggunakan telefon bimbit, atau peralatan yang boleh mengganggu pihak lawan semasa permainan.

7.         ALATAN


Setiap MSSD dikehendaki membawa jam catur, set catur dan papan catur dengan nisbah ½ daripada jumlah pemain-pemain yang dibawa.



8.         MASA BERMAIN

8.1          Jumlah masa permainan bagi lelaki dan perempuan  18, 15, dan 12 tahun ke bawah ialah 1 jam bagi kedua-dua pemain. Sekiranya masih belum tamat selepas 1 jam, tambahan masa 5 minit diberikan kepada setiap pemain dengan menggunakan jam catur.

8.2          Permainan akan ditamatkan sama ada dengan sah-mat, ‘stale-mate’, tuntutan pemain yang mengulangi 3 pergerakan pada kedudukan yang sama, atau salah satu bendera jam jatuh dahulu. Pada mana-mana keadaan kedua-dua bendera jam pemain telah jatuh, maka keputusan seri akan diberikan, kecuali berlaku sah mat pada ketika itu. Pemain yang bendera jamnya jatuh dahulu akan dikira kalah dengan syarat :

a)            Pemain lawan  menuntut kemenangannya kepada Arbiter, dan,

b)            Pemain lawan mempunyai satu atau lebih bidak yang mempunyai peluang menjadi buah catur besar, atau satu buah catur besar yang boleh sah-mat.  (Contohnya pemain yang mempunyai Raja sahaja, atau Raja  dan satu ‘Bishop’ atau satu ‘Kuda’ , pemain ini tidak boleh sah mat lawannya, dan sekiranya pemain ini menang masa, maka keputusan seri sahaja akan diberikan kepadanya)

c)            Sekiranya syarat  ‘a’  tidak dipenuhi, perlawanan akan diteruskan.

d)            Sekiranya kedua-dua bendera jam pemain telah jatuh maka perlawanan itu dikira seri kecuali berlaku kedudukan sah-mate pada ketika itu.

e)            Sekiranya syarat  ‘b’ di atas tidak dipenuhi, maka perlawanan itu dikira seri.


9.         KELEWATAN


Pemain yang datang lewat selepas 15 minit permainan telah dimulakan pada mana-mana pusingan tidak dibenarkan bermain dan dikira kalah pada pusingan berkenaan. Sekiranya kedua-kedua pemain itu datang lewat 15 minit, maka kedua-duanya dikira kalah.


10.       PASUKAN MSSJ KE MSSM


Peserta yang mendapat tempat 1 hingga ke-10 semua kategori akan dipanggil untuk pemilihan semula pada suatu tarikh yang akan ditentukan oleh MSSJ. 4 pemain yang terbaik semua kategori semasa pemilihan akan mewakili MSSD ke MSSJ.

 

11.       MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH   

           

                Sila rujuk Peraturan Am (16) MSS Johor.

 

12.       BANTAHAN


Sila rujuk Peraturan Am (18) MSS Johor.


13.       LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN


Sila rujuk Peraturan Am (20) MSS Johor.


14.       LEMBAGA RAYUAN


Sila rujuk Peraturan Am (19) MSS Johor.


15.                                                                  JAWATANKUASA PEMILIHAN

           

Sila rujuk Peraturan Am (23) MSS Johor.

 

 

16.       PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN


Sila rujuk Peraturan Am (27) MSS Johor.

No comments:

Post a Comment