CATUR - Pengerang
TAHUN
PERTANDINGAN : 2015
1. UNDANG-UNDANG CATUR MSSD
Pertandingan
ini dijalankan mengikut Undang-Undang Federation International DesEohes
(F.I.D.E.) dan Peraturan-Peraturan
Am MSS Johor yang sedang
berkuatkuasa sekarang.
2. JENIS PERTANDINGAN
2.1 Perseorangan
2.1.1
Lelaki
umur 18 tahun dan ke bawah. (Lahir tahun
97, 98, 99)
2.1.2
Perempuan
umur 18 tahun dan ke bawah (Lahir tahun…)
2.1.3
Lelaki
umur 15 tahun dan ke bawah (Lahir
tahun 00, 01, 02 )
2.1.4
Perempuan
umur 15 tahun dan ke bawah (Lahir tahun…)
2.1.5
Lelaki
umur 12 tahun dan ke bawah (Lahir
tahun 03, 04,…)
2.1.6
Perempuan
umur 12 tahun dan ke bawah (Lahir tahun…)
3. PENDAFTARAN PEMAIN
3.1 Perseorangan
Setiap kontinjen
sekolah dibenarkan mendaftar
3.1.1 Lelaki
umur 18 tahun dan ke bawah : 6 orang
3.1.2 Perempuan
umur 18 tahun dan ke bawah : 6 orang
3.1.3 Lelaki
umur 15 tahun dan ke bawah : 6 orang
3.1.4 Perempuan
umur 15 tahun dan ke bawah : 6 orang
3.1.5 Lelaki
umur 12 tahun dan ke bawah : 6 orang
3.1.6 Perempuan
umur 12 tahun dan ke bawah : 6 orang
3.2 Sebarang
pertukaran pemain selepas pusingan 1 dijalankan adalah tidak dibenarkan.
4. SISTEM PERTANDINGAN
4.1 Kejohanan ini ialah kejohanan
perseorangan.
4.2 Kejohanan Perseorangan
4.2.1 Kejohanan ini
dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss Pemasangan Terus.
4.2.2 Pemasangan Pusingan Pertama :
a) Susunan pemain berdasarkan kepada pencapaian pertandingan tahun
lepas.
b) Jika terdapat jumlah pemain yang ganjil dalam sesuatu bahagian, pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menggenapkan jumlahnya.
4.2.2 Pemasangan Pusingan Pertama :
b) Jika terdapat jumlah pemain yang ganjil dalam sesuatu bahagian, pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menggenapkan jumlahnya.
4.2.3
Pemasangan
Pusingan seterusnya :
a)
Seseorang
pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang sama lebih daripada sekali.
b)
Semua
pemain akan dikumpulkan mengikut jumlah mata yang sama yang telah diperolehi.
Kumpulan mata yang tertinggi akan dipasangkan terlebih dahulu sehinggalah yang
terendah sekali.
c)
Sekiranya
jumlah pemain dalam kumpulan mata yang sama itu ganjil atau tidak dapat
langsung dipasangkan antara satu sama lain, maka satu atau lebih pemain
seboleh-bolehnya akan dipasangkan dengan pemain dari kumpulan mata terdekat.
Pemain-pemain ini ini digelar Pelampung. Dalam hal keadaan bilangan pemain
ganjil, pelampung diberi kepada pemain yang terendah nombor pemasangannya.
d)
Setelah
jumlah bilangan pemain dalam kumpulan mata yang sama itu genap, pemain-pemain
disusun mengikut kumpulan nombor pemasangan dan kemudian ia dibahagikan kepada
dua kumpulan kecil. Pemain teratas dalam setiap kumpulan kecil akan dipasangkan
seberapa boleh dan seterusnya.
4.2.4 Warna Pusingan Pertama
Warna pemain
“Ranking Pertama” bagi setiap bahagian ialah putih dan warna pemain meja
seterusnya adalah bergilir-gilir.
4.2.5 Warna Pusingan Berterusan
a)
Hak
warna penggenap diberi kepada pemain yang nombor pemasangannya tertinggi.
Seberapa boleh, bilangan warna hendaklah sama dan diselang-selikan.
b)
Setelah
bilangan warna digenapkan, warna pusingan berikutnya adalah warna yang
berlawanan pada pusingan sebelumnya.
c)
Seseorang
pemain tidak boleh dipasangkan dengan warna yang sama sebanyak tiga kali
berturut-turut.
d)
Jika
berlaku keadaan dua pemain yang mempunyai warna yang sama maka hak menggilirkan
warna diberi kepada pemain yang mempunyai nombor pemasangan teratas.
5.1 Kejohanan Perseorangan
5.1.1
Pemain
yang menang akan diberi 1 mata, ½ mata untuk seri, 0 mata jika kalah, dan 1
mata jika bye.
5.1.2
Pemain
yang mendapat jumlah mata yang terbanyak akan menjadi Johan dan seterusnya.
5.1.3
Jika
terdapat kedudukan mata permainan yang sama, pemisah-seri (tie-break) yang
berikut akan digunakan untuk memisahkan kedudukan :
a)
Sistem
Solkoff akan digunakan. Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh semua
lawan peserta berkenaan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira pemenang.
b)
Sistem
Sonneborn-Berger akan digunakan.
Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh peserta lawan yang dimenangi dalam
mata mana-mana pusingan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira
menang.
c)
Sistem
Progresif akan digunakan. Menjumlahkan mata perlawanan peserta pada setiap
pusingan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira menang.
d)
Median
–Solkoff akan digunakan. Pengiraan seperti Sistem Solkoff tetapi mata peserta
lawan yang terendah dan tertinggi tidak dikira. Peserta yang menjumlahkan mata
terbanyak akan dikira menang.
e)
‘Win-number’
akan digunakan. Mata kemenangan sahaja yang dikira. Peserta yang lebih banyak
menang akan dikira menang. Mata seri tidak dikira.
f)
Peserta
yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira menang.
g)
Sistem
Penggunaan buah 'hitam' dan 'putih' akan dijalankan. Peserta yang lebih banyak
bermain buah 'hitam' akan dikira menang. Sistem 'Melampung ke atas' dan
'Melampung ke bawah' akan digunakan. Peserta yang lebih banyak permainan
'Melampung ke atas' akan dikira menang.
h)
Sehingga
peringkat ini, sekiranya masih SERI juga lagi, undian bolehlah dijalankan untuk
menentukan kemenangan.
6. PAKAIAN
6.1
Pemain-pemain
dikehendaki memakai uniform sekolah masing-masing untuk pusingan pertama atau
terakhir.
6.2
Bagi
pusingan-pusingan yang lain pemain-pemain digalakkan memakai pakaian identiti
pasukan masing-masing. Pakaian lain yang sopan juga dibolehkan. Pemain lelaki
hendaklah memakai baju yang berkolar. Seluar jeans, seluar pendek, dan selipar
tidak dibenarkan.
6.3
Pemain-pemain
perempuan dikehendaki memakai pakaian yang bersopan.
6.4
Pemain-pemain
dilarang memakai topi, cermin mata hitam, menggunakan ‘walk-man’, menggunakan
telefon bimbit, atau peralatan yang boleh mengganggu pihak lawan semasa
permainan.
Setiap kontinjen
dikehendaki membawa jam catur, set catur dan papan catur dengan nisbah ½
daripada jumlah pemain-pemain yang dibawa.
8. MASA
BERMAIN
8.1 Masa
permainan bagi lelaki dan perempuan 18,
15, dan 12 tahun ke bawah ialah 1 jam. Jika tidak tamat juga,
penggunaan jam catur akan dikenakan dengan masa 5 minit bagi setiap pemain.
8.2 Permainan
akan ditamatkan sama ada dengan sah-mat, ‘stale-mate’, tuntutan pemain yang
mengulangi 3 pergerakan pada kedudukan yang sama, atau salah satu bendera jam
jatuh dahulu. Pada mana-mana keadaan kedua-dua bendera jam pemain telah jatuh,
maka keputusan seri akan diberikan, kecuali berlaku sah mat pada ketika itu.
Pemain yang bendera jamnya jatuh dahulu akan dikira kalah dengan syarat :
a) Pemain
lawan menuntut kemenangannya kepada
Arbiter, dan
b) Pemain
lawan mempunyai satu atau lebih bidak yang mempunyai peluang menjadi buah catur
besar, atau satu buah catur besar yang boleh sah-mat. (Contohnya pemain yang mempunyai Raja sahaja,
atau Raja dan satu ‘Bishop’ atau satu
‘Kuda’ , pemain ini tidak boleh sah mat lawannya, dan sekiranya pemain ini menang
masa, maka keputusan seri sahaja akan diberikan kepadanya)
c) Sekiranya
syarat ‘a’ tidak dipenuhi, perlawanan akan diteruskan.
d) Sekiranya
kedua-dua bendera jam pemain telah jatuh maka perlawanan itu dikira seri
kecuali berlaku kedudukan sah-mate pada ketika itu.
e) Sekiranya
syarat ‘b’ di atas tidak dipenuhi, maka
perlawanan itu dikira seri.
9. KELEWATAN
Pemain yang datang lewat selepas
15 minit permainan telah dimulakan pada mana-mana pusingan tidak dibenarkan
bermain dan dikira kalah pada pusingan berkenaan. Sekiranya kedua-kedua pemain
itu datang lewat 15 minit, maka kedua-duanya dikira kalah.
10. MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH
Sila rujuk Peraturan Am (16) MSS
Johor.
11. BANTAHAN
Sila rujuk
Peraturan Am (18) MSS Johor.
12. LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN
Sila rujuk
Peraturan Am (20) MSS Johor.
13. LEMBAGA RAYUAN
Sila rujuk
Peraturan Am (19) MSS Johor.
14.
JAWATANKUASA
PEMILIHAN
Sila rujuk
Peraturan Am (23) MSS Johor.
15. PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Sila rujuk
Peraturan Am (27) MSS Johor.
No comments:
Post a Comment