Monday, March 2, 2015

Gambar mesyuarat 2 Mac 2015 di SK Tg. Pengelih




Undang-undang Catur MSSD Pengerang 2015

CATUR - Pengerang

 
TAHUN PERTANDINGAN : 2015

1.         UNDANG-UNDANG CATUR MSSD

Pertandingan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Federation International DesEohes (F.I.D.E.) dan Peraturan-Peraturan  Am  MSS Johor yang sedang berkuatkuasa sekarang.

2.         JENIS PERTANDINGAN

2.1       Perseorangan

2.1.1       Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah. (Lahir tahun 97, 98, 99)
2.1.2       Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah  (Lahir tahun…)       
2.1.3       Lelaki umur 15 tahun dan ke bawah  (Lahir tahun 00, 01, 02 )
2.1.4       Perempuan umur 15 tahun dan ke bawah  (Lahir tahun…)
2.1.5       Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah   (Lahir tahun 03, 04,…)
2.1.6       Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah  (Lahir tahun…)
 

3.         PENDAFTARAN PEMAIN
3.1       Perseorangan

Setiap kontinjen sekolah dibenarkan mendaftar

3.1.1               Lelaki umur 18 tahun dan ke bawah               :  6 orang
3.1.2               Perempuan umur 18 tahun dan ke bawah  :  6 orang
3.1.3               Lelaki umur 15 tahun dan ke bawah               :  6 orang
3.1.4               Perempuan umur 15 tahun dan ke bawah  :  6 orang
3.1.5               Lelaki umur 12 tahun dan ke bawah               :  6 orang
3.1.6               Perempuan umur 12 tahun dan ke bawah  :  6 orang

3.2    Sebarang pertukaran pemain selepas pusingan 1 dijalankan adalah tidak dibenarkan.


4.         SISTEM PERTANDINGAN

4.1       Kejohanan ini ialah kejohanan perseorangan.

            4.2       Kejohanan Perseorangan

4.2.1       Kejohanan ini dijalankan mengikut prinsip-prinsip Sistem Swiss Pemasangan Terus.

4.2.2       Pemasangan Pusingan Pertama :
 a)     Susunan pemain berdasarkan kepada pencapaian pertandingan tahun lepas.

b)     Jika terdapat jumlah pemain yang ganjil dalam sesuatu bahagian, pasukan tuan rumah diberi keutamaan untuk menggenapkan jumlahnya.
 
4.2.3       Pemasangan Pusingan seterusnya :

a)                Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan pemain yang  sama lebih daripada sekali.

b)                Semua pemain akan dikumpulkan mengikut jumlah mata yang sama yang telah diperolehi. Kumpulan mata yang tertinggi akan dipasangkan terlebih dahulu sehinggalah yang terendah sekali.

c)                Sekiranya jumlah pemain dalam kumpulan mata yang sama itu ganjil atau tidak dapat langsung dipasangkan antara satu sama lain, maka satu atau lebih pemain seboleh-bolehnya akan dipasangkan dengan pemain dari kumpulan mata terdekat. Pemain-pemain ini ini digelar Pelampung. Dalam hal keadaan bilangan pemain ganjil, pelampung diberi kepada pemain yang terendah nombor pemasangannya.

d)                Setelah jumlah bilangan pemain dalam kumpulan mata yang sama itu genap, pemain-pemain disusun mengikut kumpulan nombor pemasangan dan kemudian ia dibahagikan kepada dua kumpulan kecil. Pemain teratas dalam setiap kumpulan kecil akan dipasangkan seberapa boleh dan seterusnya.

4.2.4   Warna Pusingan Pertama

Warna pemain “Ranking Pertama” bagi setiap bahagian ialah putih dan warna pemain meja seterusnya adalah bergilir-gilir.

4.2.5   Warna Pusingan Berterusan

a)                Hak warna penggenap diberi kepada pemain yang nombor pemasangannya tertinggi. Seberapa boleh, bilangan warna hendaklah sama dan diselang-selikan.

b)                Setelah bilangan warna digenapkan, warna pusingan berikutnya adalah warna yang berlawanan pada pusingan sebelumnya.

c)                Seseorang pemain tidak boleh dipasangkan dengan warna yang sama sebanyak tiga kali berturut-turut.

d)                Jika berlaku keadaan dua pemain yang mempunyai warna yang sama maka hak menggilirkan warna diberi kepada pemain yang mempunyai nombor pemasangan teratas.



           
5.1       Kejohanan Perseorangan

5.1.1       Pemain yang menang akan diberi 1 mata, ½ mata untuk seri, 0 mata jika kalah, dan 1 mata jika bye.

5.1.2       Pemain yang mendapat jumlah mata yang terbanyak akan menjadi Johan dan seterusnya.

5.1.3       Jika terdapat kedudukan mata permainan yang sama, pemisah-seri (tie-break) yang berikut akan digunakan untuk memisahkan kedudukan :

a)          Sistem Solkoff akan digunakan. Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh semua lawan peserta berkenaan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak  akan dikira pemenang.

b)          Sistem Sonneborn-Berger akan  digunakan. Menjumlahkan semua mata yang diperolehi oleh peserta lawan yang dimenangi dalam mata mana-mana pusingan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira menang.


c)          Sistem Progresif akan digunakan. Menjumlahkan mata perlawanan peserta pada setiap pusingan. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira menang.

d)          Median –Solkoff akan digunakan. Pengiraan seperti Sistem Solkoff tetapi mata peserta lawan yang terendah dan tertinggi tidak dikira. Peserta yang menjumlahkan mata terbanyak akan dikira menang.

e)          ‘Win-number’ akan digunakan. Mata kemenangan sahaja yang dikira. Peserta yang lebih banyak menang akan dikira menang. Mata seri tidak dikira.

f)             Peserta yang pernah mengalahkan lawannya akan dikira menang.

g)          Sistem Penggunaan buah 'hitam' dan 'putih' akan dijalankan. Peserta yang lebih banyak bermain buah 'hitam' akan dikira menang. Sistem 'Melampung ke atas' dan 'Melampung ke bawah' akan digunakan. Peserta yang lebih banyak permainan 'Melampung ke atas' akan  dikira menang.

h)          Sehingga peringkat ini, sekiranya masih SERI juga lagi, undian bolehlah dijalankan untuk menentukan kemenangan.

6.         PAKAIAN

6.1             Pemain-pemain dikehendaki memakai uniform sekolah masing-masing untuk pusingan pertama atau terakhir.

6.2             Bagi pusingan-pusingan yang lain pemain-pemain digalakkan memakai pakaian identiti pasukan masing-masing. Pakaian lain yang sopan juga dibolehkan. Pemain lelaki hendaklah memakai baju yang berkolar. Seluar jeans, seluar pendek, dan selipar tidak dibenarkan.

6.3             Pemain-pemain perempuan dikehendaki memakai pakaian yang bersopan.

6.4             Pemain-pemain dilarang memakai topi, cermin mata hitam, menggunakan ‘walk-man’, menggunakan telefon bimbit, atau peralatan yang boleh mengganggu pihak lawan semasa permainan.


Setiap kontinjen dikehendaki membawa jam catur, set catur dan papan catur dengan nisbah ½ daripada jumlah pemain-pemain yang dibawa.

8.         MASA BERMAIN

8.1      Masa permainan bagi lelaki dan perempuan  18, 15, dan 12 tahun  ke bawah ialah 1 jam. Jika tidak tamat juga, penggunaan jam catur akan dikenakan dengan masa 5 minit bagi setiap pemain.

8.2      Permainan akan ditamatkan sama ada dengan sah-mat, ‘stale-mate’, tuntutan pemain yang mengulangi 3 pergerakan pada kedudukan yang sama, atau salah satu bendera jam jatuh dahulu. Pada mana-mana keadaan kedua-dua bendera jam pemain telah jatuh, maka keputusan seri akan diberikan, kecuali berlaku sah mat pada ketika itu. Pemain yang bendera jamnya jatuh dahulu akan dikira kalah dengan syarat :

a)    Pemain lawan  menuntut kemenangannya kepada Arbiter, dan

b)   Pemain lawan mempunyai satu atau lebih bidak yang mempunyai peluang menjadi buah catur besar, atau satu buah catur besar yang boleh sah-mat.  (Contohnya pemain yang mempunyai Raja sahaja, atau Raja  dan satu ‘Bishop’ atau satu ‘Kuda’ , pemain ini tidak boleh sah mat lawannya, dan sekiranya pemain ini menang masa, maka keputusan seri sahaja akan diberikan kepadanya)

c)      Sekiranya syarat  ‘a’  tidak dipenuhi, perlawanan akan diteruskan.

d)    Sekiranya kedua-dua bendera jam pemain telah jatuh maka perlawanan itu dikira seri kecuali berlaku kedudukan sah-mate pada ketika itu.

e)        Sekiranya syarat  ‘b’ di atas tidak dipenuhi, maka perlawanan itu dikira seri.



9.         KELEWATAN
Pemain yang datang lewat selepas 15 minit permainan telah dimulakan pada mana-mana pusingan tidak dibenarkan bermain dan dikira kalah pada pusingan berkenaan. Sekiranya kedua-kedua pemain itu datang lewat 15 minit, maka kedua-duanya dikira kalah.

10.      MENARIK DIRI DAN MENYERAH KALAH           
            Sila rujuk Peraturan Am (16) MSS Johor.

11.      BANTAHAN
Sila rujuk Peraturan Am (18) MSS Johor.


12.      LEMBAGA TATATERTIB PERTANDINGAN
Sila rujuk Peraturan Am (20) MSS Johor.


13.      LEMBAGA RAYUAN
Sila rujuk Peraturan Am (19) MSS Johor.


14.         JAWATANKUASA PEMILIHAN
Sila rujuk Peraturan Am (23) MSS Johor.

15.      PERKARA YANG TIDAK DINYATAKAN
Sila rujuk Peraturan Am (27) MSS Johor.


            

Kertas Konsep Catur MSSD Pengerang 2015

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN CATUR
MSSD PENGERANG 2015

1.             Permainan                            : CATUR
2.             Umur / Jantina                     : L12, P12, L15, P15, L18, P18
3.             Tarikh Pertandingan            : 5 – 6 April 2015
4.             Pengelolaan                          : SK Tanjung Pengelih
5.             Penyertaan                          
                5.1  Bilangan peserta           :  6 orang bagi setiap kategori (maksima)
                5.2  Sekolah                          :  Semua Sekolah di Pengerang

Sekolah

Bilangan Penyertaan Lelaki

Bilangan Penyertaan Perempuan
Pengadil
Set
Catur
L18
L15
L12
P18
P15
P12
SKK


2


2
1
2
SKTP


2


2
1
0
SKAT1


2


0
1

SKLAYAU


2


1


SKSK


4


4
1

SKS


4


4
1

SKBP2


6


6
1
2
SJKCPM


2


2
1
1
SKTS


1


1


SKSENING


6


6
1

SKA


4


4
1

SKLEPAU


2


0


SKBP1


6


4


SMS
6
6
0
6
6
0
1
5
SMKA
6
6
0
6
6
0
1
2
SMKBM
4
4
0
4
4
0


SEMEKA
6
6
0
6
6
0
1

SMKS
2
2
0
2
2
0


SMKTD
4
0
0
2
2
0

1
SKAT4


3


3



28
24
46
26
26
39
12
13
189



6.             Tempat Pertandingan                         : SK Tg Pengelih
7.             Bilangan Gelanggang/                         :  Dewan Bilik Darjah
        Padang yang digunakan                     

8.       Peralatan teknik yang digunakan
        8.1          Set Catur                :               95           ( ½ bilangan peserta)          
        8.2          Jam Catur               :               12           (minima)
        8.3          Komputer              :               3  buah   (Disediakan oleh pihak pengelola)  
        8.4          Pencetak               :               3 buah

9.             Pengadil                                 :               12 orang (minima). Setiap sekolah menghantar seorang pengadil.
                                                                                Tiada – RM20.00

10.          Pendaftaran Pasukan
Pendaftaran pasukan pada jam 7.30 pagi hingga 8.00 pagi.  
Pendaftaran diharap berjalan lancar dan semua pasukan diharap dapat mengemukakan borang R01 & M01 yang lengkap kepada Pengelola.

*Sila faks senarai nama peserta kepada  07- 8251198  sebelum 31 Mac 2015
Emel: jba3062@yahoo.com.my

11.                Yuran Penyertaan
Kadar yuran yang telah ditetapkan adalah RM10.00 per individu. Tunai.

  1. Tentatif Jadual Pertandingan Catur

Ahad 5 April 2015
Masa
Perkara
7.30 - 8.00 pagi
Pendaftaran kontinjen (nama peserta, set catur, jam).
8.30 pagi
Taklimat pengurus, pengadil.
8.45 pagi
Pemasangan bagi Pusingan 1.
9.00 – 10.00 pagi
Pusingan 1.
10.15 pagi
Pemasangan Pusingan 2.
10.30 – 11.30 pagi
Pusingan 2.
11.45 pagi
Pemasangan pusingan 3.
12.00 – 2.30 tgh
Rehat
2.30 – 3.30 tgh
Pusingan 3
3.45 tgh
Pemasangan pusingan 4
4.00 – 5.00 ptg
Pusingan 4.

Isnin 6 April 2015
Masa
Perkara
7.45 pagi
Pemasangan bagi Pusingan 5
8.00 – 9.00 pagi
Pusingan 5
9.15 pagi
Pemasangan Pusingan 6
9.30 – 10.30 pagi
Pusingan 6
10.45 pagi
Pemasangan Pusingan 7
11.00 – 12.00 tgh
Pusingan 7
12.30 tgh
Penutup

Taklimat kepada pemenang (latihan pusat, wakil ke MSSJ)



  1. Majlis Penutupan Rasmi dan Penyampaian Hadiah
Majlis penutupan rasmi dan penyampaian hadiah akan diadakan 6 April 2015
pada jam 12.30 tengah hari. Majlis penyampaian hadiah akan disempurnakan oleh ………………………….dan nyanyian lagu ‘Negaraku’.

  1. Hadiah dan Sijil
Hadiah dan sijil peserta disediakan oleh Unit Sukan PPD.
Hadiah untuk Johan, Naib Johan dan ke-3 (hingga 10)

  1. Makan, Minum, dan Pengangkutan
Makanan, minuman dan pengangkutan peserta adalah tanggung jawab pasukan masing-masing.
En. Zulkiflee 013-7146683

  1. Pasukan MSSD
Peserta yang mendapat tempat 1 hingga ke-6 semua kategori layak mewakili MSSD Pengerang ke MSSJ di Segamat.






Disediakan oleh:

(SYED MUZNI BIN SYED MUSTAFA)                                                   
Pengerusi Teknik MSSD Pengerang               


Tarikh: 2 Mac 2015